logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PENGURNIAAN DARJAH KEPAHLAWANAN ANGKATAN TENTERA 2019

1

PUTRAJAYA - 8 Okt 19, Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Tahun 2019 telah berlangsung Di Istana Melawati melibatkan 273 Penerima pada sesi pertama hari ini. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan bercemar duli menyempurnakan istiadat ini.

 

2

Istiadat pengurniaan darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2019 menyaksikan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi menerima Anugerah Darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT).

3

Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda yang juga Pemerintah Tertinggi ATM ke Istiadat Pengurniaan Darjah itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

 

5

Pada istiadat itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 11 penerima, Pahlawan Angkatan Tentera (41 penerima), Kesatria Angkatan Tentera (102 penerima) dan Bentara Angkatan Tentera (116 penerima).