logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MESYUARAT KE-15 HIGH LEVEL COMMITTEE (HLC) MALINDO DI HOTEL ROYALE CHULAN, KUALA LUMPUR PADA 22 OGOS 2019

10

Mesyuarat Ke-15 High Level Committee (HLC) MALINDO antara Malaysia dan Indonesia telah diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 22 Ogos 2019. Mesyuarat ini merupakan acara tahunanyang dihoskan secara bergilir-gilir di antara Malaysia dan Indonesia.

 

1

2

3

Mesyuarat kali ini dipengerusikan secara bersama oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera selaku Pengerusi HLC Malaysia dan Laksamana TNI Siwi Sukma Adji, Kepala Staf Angkatan Laut (KASAL) mewakili Pengerusi HLC Indonesia. Mesyuarat telah dilaksanakan dengan suasana penuh kemesraan atas dasar semangat persahabatan.

5

6

4

Tujuan utama mesyuaratHLC MALINDO adalah sebagai platform kepada semua ahli HLC MALINDO untuk bertemu secara rasmi bagi membincangkan isu-isu yang mempunyai kepentingan bersama terutamanya isu keselamatan di sepanjang kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia. Perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat iniadalah hasil perkembangan kerjasama di bidang operasi dan perisikan, latihan dan pendidikan, kerjasama kepolisian dan sosio-ekonomi. Seterusnya, kemajuan kepada kegiatan yang telah direncanakan telah dilaporkan secara terperinci dalammesyuarat yang telah dilaksanakan. Pengerusi Bersama mesyuarat ini juga telah melahirkan rasa puas hati diatas laporan yang telah disampaikan oleh kesemua badan dan kelompok jawatankuasa dibawah HLC MALINDO.

8

9

Panglima Angkatan Tentera bersama Laksamana TNI Siwi telah memberikan penekanan agar Malaysia dan Indonesia perlu bekerjasama atas dasar saling menghormati dan saling menghargai dalam berbagai bentuk interaksi kegiatan bagi kepentingan dan manfaat bersama. Kerjasama yang komprehensif ini diharapkan mampu memberikan impak yang positif serta bermanfaat bagi kedua-dua negara khususnya di kawasan perbatasan.

11

Pengerusi Bersama juga seterusnya memberi penekanan agar kesemua badan dan kelompok jawatankuasa di bawah HLC MALINDO untuk terus berusaha bagi mencari peluang baharu dalam memacu kerjasama di antara kedua-dua buah negara dengan lebih produktif. Ia sekali gusdapat memberimanfaat yang besar, khususnya kepada masyarakat yang berada di kawasan sempadan. Kerjasama yang erat ini diharapkan mampu mengatasi pelbagai permasalahan di lapangan dan seterusnya dapat mewujudkan kawasan sempadan kedua-dua buah negara yang lebih aman dan damai.

Pada akhir MesyuaratKe-15 HLC MALINDO, Pengerusi Bersama telah menyampaikan penghargaan yang tinggi kepada delegasi Malaysia dan Indonesia dengan mengingatkan agar peningkatan kerjasama dari kesemua badan dan kelompok jawatankuasa di bawah HLC MALINDO dapat melaksanakan kegiatannya dengan lebih baik dan positif. Di samping itu juga adalah menjadi keutamaan agar keselamatan sertakeamanan sempadan Malaysia dan Indonesia terus dikekalkan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.