MAJLIS KORBAN DAN AKIKAH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2019M/1440H

1

KUALA LUMPUR; 11 OGOS 19 - Angkatan Tentera Malaysia bersama pihak Pengurusan Masjid Khalid bin Al-Walid Kementah (MKWK) telah mengadakan Program Ibadah Korban dan Akikah yang telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di Perkarangan Masjid Khalid bin Al-Walid, Kementah dengan dihadiri oleh 1,500 orang jemaah yang terdiri daripada warga ATM dan ahli Qariah sekitar.

2

3

3

Acara telah dirasmikan oleh Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, YBhg Mejar Jeneral Dato' Hj Azlan bin Abdul Rahman dengan simbolik penyerahan pisau sembelihan kepada Lt Kol Mohd Hamzah bin Adam, Pegawai Staf 1 Sel Pengurusan Masjid. Program ini melibatkan sejumlah 25 ekor lembu dan seekor kambing dilaksanakan sejurus selesai Acara Solat Sunat Aidil Adha yang dipimpin oleh Imam Besar MKWK dan Khutbah Solat Sunat Hari Raya telah disampaikan oleh Kolonel Dato' Ab Jabar bin Mohamad Aris, Pengarah Operasi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

 

5

6

 

7

89
ATM TERAS KEDAULATAN NEGARA