logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

Majlis Pelancaran Persatuan Alumni Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM

 

WhatsApp Image 2019 01 25 at 12.32.58 PM 3

 

Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Persatuan Alumni Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

WhatsApp Image 2019 01 25 at 12.32.58 PM 5

 

Majlis tersebut telah dihadiri oleh seramai kira-kira 2300 alumni yang telah bergraduat semenjak penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada Jun 1995 seterusnya penubuhan UPNM pada November 2006. Sebahagian besar daripada alumni UPNM adalah mereka yang telah dan masih berkhidmat sebagai pegawai dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan selebihnya adalah alumni yang berkhidmat di dalam pelbagai sektor pekerjaan yang lain.

 

WhatsApp Image 2019 01 25 at 12.33.00 PM 2

 

Objektif penganjuran majlis adalah untuk memperkasakan persatuan alumni sebagai satu penghargaan serta dapat mengukuhkan semangat kebersamaan antara satu sama lain.

Panglima Angkatan Tentera dalam ucapannya memaklumkan bahawa ATM memberi jaminan akan memberi ruang kondusif serta menyokong apa jua pendekatan persatuan alumni, khususnya yang dapat memberi kebaikan kepada ATM, UPNM dan juga alumni.

 

WhatsApp Image 2019 01 25 at 12.33.00 PM 4

 

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Seri Hj Affendi bin Hj Buang TUDM, Naib Canselor UPNM, Lt Jen Dato' Abdul Halim bin Hj Jalal, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato' Hasagaya bin Abdullah, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar bin Yahya dan pegawai kanan ATM.

 

WhatsApp Image 2019 01 25 at 12.45.49 PM

 

 

WhatsApp Image 2019 01 25 at 12.52.10 PM 2

 

WhatsApp Image 2019 01 25 at 12.52.26 PM