logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MESYUARAT KE-41 JAWATANKUASA AM SEMPADAN MALAYSIA – INDONESIA (GENERAL BORDER COMMITTEE MALAYSIA – INDONESIA (GBC MALINDO)) 14 – 15 NOVEMBER 2018 DI BALI, INDONESIA

46405258 2356411931096822 4081893556128579584 n

 

15 Nov 18 - Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, telah menghadiri dan mengiringi Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu ke Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia-Indonesia ke-41 (GBC Malindo) di Bali, Indonesia mulai 14 hingga 15 November 2018.

Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia – Indonesia merupakan mesyuarat dua hala yang diadakan setiap tahun secara bergilir-gilir antara Malaysia dan Indonesia. Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam memantau serta mentadbir kerjasama persempadanan bagi Malaysia dan Indonesia di samping memastikan kestabilan di kawasan sempadan Malaysia – Indonesia sentiasa dikawal. Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Pertahanan kedua-dua Negara.

 

46436770 2356411854430163 5612695440307781632 n

Mesyuarat tersebut turut berpuas hati terhadap kemajuan semua aktiviti yang dijalankan oleh Jawatankuasa Tertinggi (High Level Committee), Jawatankuasa Kawalan Operasi Bersama (Coordinated Operations Control Committee), Jawatankuasa Latihan Bersama (Joint Training Committee), Jawatankuasa Sosioekonomi dan Jawatankuasa Kerjasama Polis (Joint Police Cooperation Committee).

Turut mengiringi YB MENHAN adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, YM Tuan Haji Engku Hamzah bin Tuan Mat, Ketua Staf MK ATM, Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM dan pegawai-pegawai kanan dari pelbagai agensi yang berkepentingan.46399584 2356411987763483 8741163306774953984 n