logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

LAWATAN GENERAL TNI GATOT NURMANTYO, COMMANDER IN CHIEF OF THE INDONESIAN NATIONAL DEFENCE FORCE KE MALAYSIA

WhatsApp Image 2018 02 15 at 09.23.54

 

Kuala Lumpur, 15 Feb – General TNI Gatot Nurmantyo, Commander in Chief of The Indonesian National Defence Force telah mengadakan lawatan ke Malaysia sempena persaraannya. General Gatot yang mula mejawat jawatan sebagai Commander in Chief of The Indonesian National Defence Force pada 8 Julai 2015 akan mula bersara pada bulan April tahun ini.

 

 

General Gatot dalam rangka lawatannya telah diraikan dalam satu Majlis Makan Malam Perpisahan yang dihoskan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor semalam di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Panglima-panglima Perkhidmatan, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia serta pegawai-pegawai kanan ATM dan juga isteri kepada General Gatot.

WhatsApp Image 2018 02 15 at 09.23.49 1

 

General Gatot turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia. Beliau telah diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat dari Kumpulan Kawalan Utama (KKU) Rejimen Askar Melayu Diraja.

 

WhatsApp Image 2018 02 14 at 22.31.29 1

Sewaktu kunjungan hormat, Panglima Angkatan Tentera berbesar hati menyampaikan cendera kenangan kepada General Gatot sebagai tanda kenangan. Turut hadir sewaktu kunjungan hormat adalah Panglima-panglima Perkhidmatan dan Pegawai-pegawai Kanan ATM.