logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

KARNIVAL SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) TAHUN 2017

1

Karnival Sukan Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2017 telah dilaksanakan mulai 4 hingga 8 Dis 17. Tentera Darat (TD) telah dipilih untuk menganjurkan Karnival Sukan ATM ini dan memilih Markas 2 Divisyen (2 Div) mewakili TD untuk menjadi penganjur pada tahun ini. 2 Div melalui kepimpinan Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Ramli bin Jaafar memberi tanggungjawab ini kepada Markas Artileri Divisyen 2 Divisyen (MK Arti Div 2 Div) menjadi pengelola Karnival Sukan ATM ini yang melibatkan acara Sepak Takraw, Skuasy dan Silat Olahraga di sekitar Negeri Pulau Pinang.

2

Kejohanan Silat Olahraga telah dilaksanakan dari 4 hingga 6 Dis 2017 Dewan Silat Kompleks Belia dan Sukan, Pulau Pinang. Silat dibahagikan dalam dua kumpulan iaitu silat olahraga yang menawarkan 11 pingat emas dan silat seni yang menawarkan 4 pingat emas. TD telah menjadi Juara Keseluruhan dengan jumlah 8 pingat emas, 10 perak dan 8 gangsa. Manakala TL kedua iaitu jumlah 5 pingat emas, 5 perak dan 7 gangsa dan bagi TU ditempat ketiga dengan jumlah pingat iaitu 2 pingat emas, 2 perak dan 9 gangsa.

3

Kejohanan Skuasy telah dilaksanakan dari 4 hingga 7 Dis 2017 di Kompleks Skuasy Nicol David, Bukit Kumbar, Glugor, Pulau Pinang menawarkan dua pingat emas iaitu kategori lelaki dan kategori wanita. Bagi kategori lelaki Skuasy ATM dimenangi oleh TL, kedua adalah tangan TD manakala TU di tempat ketiga. Bagi kategori wanita pula adalah TL menjadi johan, TD di tempat kedua dan TU di tempat ketiga.

4

Pesaingan sengit di acara sepak takraw yang dilaksanakan di Dewan Congo, 2 RAMD, Kem Sungai Ara, Pulau Pinang dan kemuncak adalah di Gelanggang Terbuka Kompleks Belia Dan Sukan, Gelugor, Pulau Pinang. Sepak takraw dipertandingkan lima kategori iaitu senior, belia,veteran, double dan berpasukan. Kategori Senior yang diwakili tiga pasukan setiap perkhidmatan iaitu pasukan A, B dan C yang telah dimenangi TD ‘C’, kedua TD ‘A’ dan ketiga adalah TL ‘A’. Bagi Kategori Belia membabitkan tiga pasukan setiap perkhidmatan juga iaitu A, B dan C yang mana telah dimenangi oleh TL ‘C’, kedua TD ‘A’ dan ketiga adalah TD ‘B’. Bagi Kategori Veteran juga diwakili oleh dua pasukan setiap perkhidmatan A dan B yang telah dimenangi TD ‘B’, kedua TL ‘A’ dan ketiga adalah TD ‘B’.

Bagi Pertandingan Sepak Takraw Berpasukan Karnival Sukan ATM ditempat ketiga adalah TL dan Johan dan tempat kedua ditentukan pada perlawanan akhir antara TD dan TU di Gelanggang Terbuka Kompleks Belia Dan Sukan, Gelugor, Pulau Pinang pada hari penutup.

5