logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MALAM ANUGERAH MAJLIS SUKAN ANGKATAN TENTERA MERAIKAN ATLET ATM

1

Malam Anugerah Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) bagi tahun 2016 telah diadakan bertempat di Dewan Perkasa, Wisma ATM, Kuala Lumpur. Malam anugerah ini telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor.

2

Beberapa anugerah dan sijil penghargaan serta kepujian telah disampaikan antaranya Sijil Penghargaan kepada Pentadbir Sukan yang bertanggungjawab memajukan dan meningkatkan prestasi sukan ATM, Sijil Kepujian kepada atlet yang telah mewakili dan menyumbang bakti bagi peningkatan prestasi sukan ATM dan Lambang Perak kepada atlet-atlet ATM. Penganugerahan Tokoh Jurulatih telah dianugerahkan kepada Bintara Muda PNK Balamurugan a/l Maniam dari Persatuan Jurulatih Olahraga ATM yang telah banyak menabur jasa, perkhidmatan serta kepimpinan sebagai jurulatih sukan terutamanya sukan Olahraga dalam usaha melahirkan atlet yang cemerlang diperingkat ATM, Kebangsaan dan Antarabangsa. Selain itu juga, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dinobatkan sebagai Johan Antara Perkhidmatan bagi tahun 2016 yang telah berjaya menjadi Johan selama 9 tahun berturut-turut.

3

Pada majlis tersebut, sebanyak 12 persatuan sukan ATM telah menerima Insentif Sukan Sea. Insentif ini diberikan kepada atlet-atlet yang telah mewakili Malaysia bagi Kejohanan Sukan Sea 2017 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini. Penganugerahan Lambang Emas turut disampaikan kepada atlet-atlet yang telah dicalonkan sebagai olahragawati dan olahragawan yang mewakili ATM ke peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa dalam bidang sukan yang diceburi.

Laskar Kelas II JJM Mohd Hafifi bin Mansor dari sukan Angkat Berat telah dinobatkan sebagai Olahragawan 2016 dan Olahragawati dimenangi oleh Laskar Kelas I TNL Komalam Shally a/p Selvaretnam dari sukan Olahraga.

4

Pihak Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) turut menyampaikan sumbangan kepada MSAT berjumlah RM 50,000 yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal (Bersara), Pengerusi Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) kepada Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima Tentera Darat merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan Angkatan Tentera.

Turut hadir adalah Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara dan Timbalan Panglima Tentera Laut serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.