logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

Ekspresi Negaraku di Dataran Perayaan, Jalan Stadium Petra Jaya, Kuching, Sarawak

1

Kuching, 5 Nov – Program #EkspresiNegaraku telah diadakan di Dataran Perayaan, Jalan Stadium Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Pada program Ekspresi Negaraku di Sarawak kali ini, Kementerian Pertahanan melalui Malaysian Institute of Defense and Security atau singkatannya MiDAS dan agensi-agensi yang berkolaborasi terus memberikan komitmen padu pada Jelajah kali ini untuk booth pameran NBOS.

Objektif utama pameran oleh Kementerian Pertahanan dan agensi berkolaborasi dalam Program Ekspresi Negaraku adalah:

•Membolehkan semua agensi yang terlibat dengan program ini menerangkan impak kepada rakyat hasil kejayaan inisiatif NBOS yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan bersama rakan-rakan strategik NBOS yang lain.

•Membolehkan semua agensi yang terlibat menunjukkan kejayaan inisiatif dan program NBOS dengan mempamerkan hasil produk dan bahan-bahan melalui pameran NBOS ini agar dapat dilihat dan diketahui oleh rakyat.

2

Program yang bermula dengan acara Larian Bendera Negaraku dan pelbagai aktiviti interaktif untuk memeriahkan program disediakan, termasuk gerai pameran oleh pelbagai organisasi dengan matlamat untuk memupuk semangat patriotisme, kebanggaan dan kecintaan kepada negara.

Program ini juga merupakan program yang mempamerkan kesatuan dan kesepaduan sesama rakyat pelbagai kaum di negara ini. Program ini juga memberi peluang kepada anak muda untuk menghayati semangat cintakan negara selain memberi banyak ilmu melalui pelbagai pameran oleh agensi kerajaan dan swasta.

3

Program Ekspresi Negaraku menjadi medan untuk mengetengahkan kisah kejayaan serta sumbangan individu, komuniti dan organisasi yang mencipta nama di pelbagai peringkat, sekali gus mengharumkan nama Malaysia yang boleh memberi inspirasi kepada rakyat.

Program Ekspresi Negaraku seiring dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang memberi tumpuan terhadap pembangunan menyeluruh serta menyediakan negara untuk generasi masa depan.

4

Turut hadir pada program ini Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg; Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak serta barisan kepimpinan negeri Sarawak

Tiga anak tempatan terpilih sebagai ikon ATM untuk Ekspresi Negaraku di Sarawak iaitu Mejar Sapok anak Biki dari Tentera Darat Malaysia, Mejar Abang Raduan Abang Madihi TUDM dari Tentera Udara Diraja Malaysia dan LK PNK Amisah binti Kuiming dari Tentera Laut Diraja Malaysia.