logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEPAHLAWANAN ANGKATAN TENTERA 2017

DSC 0724

 

Kuala Lumpur, 14 Okt - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT). Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple bin Kassim mendahului senarai 549 penerima pingat pada istiadat tersebut. 

DSC 0289

SPB yang juga merupakan Pemerintah Tertinggi ATM turut berkenan menganugerahkan darjah PGAT kepada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM selain darjah PGAT Kehormat kepada tujuh penerima dari negara asing. Mereka terdiri daripada Panglima Angkatan Tentera Pertahanan Australia, Ketua Marsyal Udara Mark Binskin; Ketua Staf, Angkatan Tentera Filipina, Jeneral Eduardo M. Ano; Panglima Angkatan Tentera Singapura, mLeftenan Jeneral Perry Lim; Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand, Jeneral Surapong Sawana-adth; bekas Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand, Jeneral Sommai Kaotira; Kepala Staf Angkatan Darat Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Mulyano dan Ketua Staf Tentera Laut Pakistan, Laksamana Muhammad Zakaullah NI (M).

 DSC 0334

Hadir sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan timbalannya Datuk Seri Mohd Johari Baharom; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

DSC 0480

Dalam istiadat tersebut, SPD YDP Agong turut mengurniakan darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 14 penerima, PSAT Kehormat (seorang penerima), Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) kepada 44 penerima, Kesatria Angkatan Tentera (KAT) kepada 232 penerima dan Bentara Angkatan Tentera (BAT) kepada 249 penerima.

 DSC 0482

 

DSC 0658