logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

ATM MERAIKAN ANGGOTA CEDERA SEMPENA HARI ULANG TAHUN ATM KE-84

22089516 1711490392255649 5538896937529460198 n

Majlis Ramah Mesra bagi meraikan anggota cedera peringkat ATM telah diadakan bertempat di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang sempena sambutan Hari Ulang Tahun ATM ke-84. Majlis tersebut bertujuan meraikan anggota yang cedera kekal semasa melaksanakan operasi ataupun latihan berisiko tinggi di dalam mahupun di luar negara sama ada yang masih berkhidmat ataupun yang sudah bersara selain dapat mengenang jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.

22221724 1711490465588975 5013213492576324028 n

Seramai 83 orang warga ATM yang tercedera bersama-sama waris telah diraikan dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna di ASF Hangar, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang. Acara ini merupakan acara tahunan yang akan dilaksanakan bersempena Hari Ulang Tahun ATM. Jumlah keseluruhan anggota cedera yang diraikan di seluruh Malaysia adalah 527 orang iaitu 95 orang masih berkhidmat dan 432 anggota yang telah bersara. Ia akan dilaksanakan dalam tempoh sambutan HUT ATM ke-84 di setiap markas formasi yang telah dipertanggungjawabkan.

22228443 1711490312255657 4554295184365006712 n

Sumbangan saguhati bernilai RM 500.00 seorang diberikan kepada anggota tersebut ia merupakan dana dari Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT). Selain itu juga, Sel Kebajikan di setiap perkhidmatan ada menyediakan sumbangan seperti perolehan peralatan khas berpandukan permohonan yang dibuat. Sementara itu, bagi anggota yang telah bersara, permohonan tersebut perlu melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM yang berdekatan.

22089370 1711490595588962 7557582001850699806 n

Selain itu, bagi mengurangkan beban kewangan untuk anak-anak anggota cedera ini, bantuan khas turut disediakan kepada mereka yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam bentuk dermasiswa dan pemilikan komputer.

 

            ATM amat menitikberatkan soal kebajikan anggotanya dan sentiasa diberikan keutamaan dalam usaha memantakan keupayaan ATM dalam memperjuangkan kedaulatan Negara. Sumber manusia merupakan asset terpenting di dalam sesuatu organisasi, begitu juga tidak terkecuali bagi ATM. Sifat kemanusiaan yang diamalkan di semua peringkat di dalam sesebuah organisasi merupakan kesatuan dan keperihatinan spiritual terhadap kebajikan.

 

Turut hadir Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima Tentera Darat, Laksamana Madya Dato’ Anuwi bin Hassan, Timbalan Panglima Tentera Laut, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM, Pemangku Panglima Tentera Udara, pegawai -pegawai kanan ATM, dan ahli keluarga anggota cedera.