logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PERBARISAN SEMPENA HARI ATM KE-84 - ATM PERKASA KEDAULATAN TERPELIHARA

21951043 1703358019735553 8671961914371775640 o

Angkatan Tentera Malaysia meraikan kewujudannya yang ke - 84 pada 16 Sep 17, sama tarikh dengan Hari Malaysia. Perbarisan Hari ATM diadakan pada hari ini, 25 Sep 17 bagi memberi laluan kepada Sambutan Hari Malaysia. Susur-galur Angkatan Tentera Malaysia boleh diimbau dari penubuhan rasmi Tentera Darat. Pembentukan Malaysia pada 16 September 1961, menyaksikan kerajaan telah merombak pembentukan ketiga-tiga cabang perkhidmatan di bawah Angkatan Tentera Persekutuan yang kini tertakluk di bawah Akta Angkatan tentera (1972).  Kerajaan juga telah mempersetujui iaitu Hari Angkatan Tentera disambut pada hari dan tarikh yang sama setiap tahun sempena penubuhan Malaysia. Bagaimana pun, mengambil kira penubuhan awal pasukan tentera pada tahun 1933, yang merupakan pasukan tentera peneraju negara, tahun tersebut juga telah dijadikan sebagai tahun tertubuhnya Angkatan Tentera Malaysia.

 

21768036 1703359653068723 8927182725642187704 n

 

Perbarisan pada tahun ini membawa tema “ATM PERKASA, KEDAULATAN TERPELIHARA” berkonsepkan Tempur Ketenteraan. Kekuatan perbarisan terdiri daripada 416 Pegawai dan 2431 anggota lain-lain pangkat yang terdiri daripada ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Perbarisan diketuai oleh Mejar Jeneral Datuk Tengku Ahmad Noor bin Tuan Chik, Ketua Staf Am Markas Medan Barat Tentera Darat.

 

21768505 1703358596402162 6052245613576468991 o

 

Perbarisan pada pagi ni juga turut diserikan dengan peragaan sebahagian aset ATM iaitu Kereta Kebal Pendekar, Kereta Perisai Adnan, 8X8 Gempita, Astros II, Meriam 155MM G5, Kenderaan Lipan Bara, Condor, Vamtac Igla, Vamtac AGL, GK MK 1 Gatling Gun, Kenderaan X Band, Supacat, Pesawat Helikopter Agusta serta Helikopter Fennec. Perbarisan turut disertai dengan lintas hormat udara oleh 4 buah pesawat helikopter.

 

22047842 1703359209735434 3673498677949861509 o

Pegawai Tabik Hormat pada pagi ini ialah Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera. Panglima Angkatan Tentera turut menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara/Pengenugerahan Sijil Kepujian Angkatan Tentera dan Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera Tahun 2017.

 

22045816 1703359416402080 6691810284599400566 n

 Di antara jemputan yang hadir pada pagi ini adalah Yang Berbahagia Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima Tentera Darat, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badarudin, Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Seri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Pemangku Panglima Tentera Udara, Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Mantan-Mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Penasihat Pertahanan Negara Asing.