logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS PELANCARAN TABUNG IHYA’ RAMADHAN DAN PENGAGIHAN SUMBANGAN ZAKAT ATM KEPADA MASJID DAN SURAU-SURAU ATM TAHUN 2017M/1438H

 

DSC 0434

KUALA LUMPUR, 26 Mei 17 – Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan dan pengagihan Sumbangan Zakat ATM kepada Masjid dan Surau-surau ATM bagi tahun 2017M/1438H telah diadakan bertempat di Masjid Khalid Ibni AL-Walid KEMENTAH, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur disempurnakan oleh Yang Mulia Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera.

 

DSC 0451DSC 0465

            Tabung Ihya’ Ramadhan merupakan tabung sumbangan dari warga Angkatan Tentera Malaysia bersempena menyambut bulan Ramadhan. Sumbangan ini digunakan bagi menampung aktiviti-aktiviti masjid sepanjang bulan Ramadhan yang telah dirancang oleh pihak ATM yang dikoordinasikan oleh Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Selain itu juga, ia dapat membuka peluang kepada semua individu untuk turut sama mendapat fadhilat besar dengan menyumbang untuk menghidupkan Ramadhan.

 

DSC 0475DSC 0515

            Selain pengagihan sumbangan kepada masjid-masjid dan surau-surau ATM seluruh Malaysia, ia juga diberikan kepada Asnaf Zakat iaitu saudara baru dan golongan miskin.

DSC 0562DSC 0646

            Turut hadir dimajlis tersebut adalah Panglima-panglima Perkhidmatan, Ketua Staf Mk ATM Lt Jen Dato’ Abdul Halim bin Hj Jalal, Ketua Pengarah KAGAT Mej Jen Dato’ Hj Kamaruddin bin Mamat, Pegawai-pegawai Kanan ATM serta warga ATM dan staf awam Kementerian Pertahanan.

DSC 0703