logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

ATM RAIKAN ANGGOTA DAN BEKAS ANGGOTA CEDERA

01

Bersempena perayaan sambutan Hari ATM ke-80, salah satu aktiviti yang telah diadakan ialah Majlis Meraikan Anggota dan Bekas Anggota Cedera di peringkat pusat.  Seramai 65 warga dan bekas warga ATM yang tercedera bersama-sama waris telah diraikan dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna di Dewan Dato' Jamil Ahmad, Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 4 November 2013.

YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin yang diiringi YBhg Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom Bte Wan Awang bersama-sama Pegawai-pegawai Kanan ATM beserta isteri telah turun padang bagi menghargai jasa mereka demi mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.

ATM, melalui Tabung Kebajikan turut memberi sumbangan kepada mereka dan telah disampaikan oleh YBhg Panglima Angkatan Tentera.  Sebaik sahaja majlis bermula, YBhg Panglima Angkatan Tentera telah ke setiap meja untuk menyapa dan mendekati mereka yang diraikan, bertanyakan khabar dan sebarang masalah yang masih dihadapi mereka agar pihak ATM dapat membantu dalam meringankan masalah mereka.

ATM tetap akan menjaga kebajikan warganya serta bekas warga ATM demi mengenangkan jasa bakti mereka dalam melaksanakan amanah mempertahankan negara dari sebarang ancaman.