logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

ATM MERIAHKAN KARNIVAL

 RTC3

Karnival Kedaulatan, Keselamatan dan Kesejahteraan Negara (4KN) yang berlangsung di RTC Kota Bharu, Kelantan selama 2 hari telah memberi peluang kepada masyarakat Kelantan mendekati Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan melihat sendiri aset-aset serta kemampuan ATM dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.  Sebahagian aset yang berada di dalam inventori ATM telah dipamerkan untuk tontonan masyarakat di Kota Bharu.

 

4KN telah dirasmikan oleh YB Menteri Pertahanan pada 11 Okt 13 yang turut dihadiri oleh YBhg Panglima Tentera Darat, YBhg KSU Kementerian Dalam Negeri dan YBhg KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta beberapa orang kenamaan. Beberapa aktiviti turut dipertontonkan kepada pengunjung yang membanjiri RTC Kota Bharu.  Persembahan pasukan The Army Red Warriors dengan aksi mendebarkan telah mendapat sorakan gemuruh disamping persembahan aksi menyelamat tebusan oleh pasukan khas Tentera Darat.  Turut memeriahkan suasa karnival ialah persembahan Kawad Senyap TLDM dan Drumliner TUDM.