logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

ATM Anjur Defence Forces Dentistry Forum 2013

2

Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera Malaysia (PPATM) telah dijemput baru-baru ini oleh Malaysian Dental Association (MDA) untuk menganjurkan Defence Forces Dentistry Forum 2013.  Ini merupakan segmen ketenteraan yang diadakan selari dengan penganjuran Asia Pacific Dental Congress 2013 bagi membincangkan isu-isu berkaitan bidang pergigian ketenteraan.

Bertujuan untuk menjadi satu platform perbincangan dan perkongsian strategi bagi mempertingkatkan perkhidmatan pergigian kepada pelanggan ketenteraan. serta membuka ruang dan peluang untuk memperkukuhkan kerjasama strategik di kalangan negara-negara Asia Pasifik.

Sejumlah 51 delegasi dari 18 buah negara telah mengambil bahagian selama 4 hari yang merangkumi pelbagai program di antaranya mesyuarat, Program Saintifik, perbincangan Expert Working Group (EWG) dan lawatan teknikal.  Delegasi luar negara telah diberi peluang melihat demonstrasi dan mendengar taklimat berkenaan aset rawatan pergigian medan dan inovasi PPATM iaitu Compact and Tough Treatment Unit (CAT).  Selain itu, program memperkenalkan suasana alam semula jadi negara kita turut di aturkan kepada delegasi luar negara yang mengambil bahagian sebagai satu usaha ATM untuk bersama-sama dalam program pembangunan negara.

 

YBhg Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, telah merasmikan forum tersebut baru-baru ini di Hotel Prince.