logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PERBARISAN PENGHARGAAN MANTAN PENGARAH PENDIDIKAN ATM

78612212 3316055321799140 1247852479555567616 n

Perbarisan Penghargaan Mantan Pengarah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brigedier Jeneral Haji Zulkifli bin Hj Abdullah telah berlangsung pada 6 Disember 2019 bertempat di Padang Kawad Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur.

79308012 3316054798465859 2638660832434585600 n

Perbarisan statik yang terdiri daripada 15 Pegawai dan 155 anggota Lain-lain Pangkat dari keempat-empat komponen Kor Perkhidmatan Am telah diketuai oleh Leftenan Kolonel Zulkifli bin Husain dari Komponen Pendidikan.


78205131 3316054605132545 4278574037191360512 nPerbarisan penghargaan tersebut merupakan acara terakhir bagi Pengarah Pendidikan ATM yang ke-11 yang mana ianya diadakan bagi menghargai perkhidmatan beliau selama 35 tahun di dalam ATM amnya dan di dalam Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) khasnya. Beliau memegang jawatan Pengarah Pendidikan ATM sebagai jawatan terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan pada 12 Disember 2019.

78815176 3316054691799203 1523407208920907776 n

Turut hadir merai dan menyaksikan perbarisan tersebut adalah Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Badrul Hisham bin Muhammad serta pegawai dan anggota KPA. Warga KPA mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan bakti Brigedier Jeneral Haji Zulkifli bin Hj Abdullah selama dalam perkhidmatan. Warga KPA juga mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya 

78701763 3316055365132469 8446964918946627584 n