logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGKAT JASA MALAYSIA (PJM) KEPADA VETERAN ATM PERINGKAT NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

48417089 2424804407590907 8597264945828069376 n

21 Disember 2018 – Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Jalan Padang Tembak.

Sempena majlis tersebut, Panglima Angkatan Tentera telah menganugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 155 veteran Angkatan Tentera Malaysia dari Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

48418100 2424804644257550 4714678711415209984 n

Pingat Jasa Malaysia (PJM) ini hanya dianugerahkan kepada anggota tentera atau bekas anggota tentera yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

a. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) atau,

b. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) atau,

c. Telah terkorban, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang Pengganas Komunis Malaya (PKM) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 atau Pengganas Komunis Kalimantan Utara (PKKU) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990.

 

48408652 2424804450924236 852727411152781312 n 1

Turut hadir ialah YBhg Mej Jen Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Pegawai Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan dan Pegawai Kanan ATM

 

48387492 2424804500924231 9139767247147892736 n