logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS SAMBUTAN MA’AL HIJRAH PERINGKAT ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

43163692 2273769969361019 93248322726264832 o

5 Okt, Kuala Lumpur - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah mengadakan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat ATM Tahun 2018M/1440H pada 5 Oktober 2018 (Jumaat). Majlis sambutan tersebut diadakan bertujuan untuk menghayati suatu hari yang penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi yang berlaku pada 1 Muharam tahun baru Takwim Hijrah.

 

43113658 2273770079361008 6303300338686361600 n

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat ATM Tahun 2018M/1440H telah diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) melibatkan kehadiran seramai 1,200 orang terdiri daripada Pegawai Kanan dan warga ATM, kakitangan awam KEMENTAH dan orang awam. Majlis dimulakan dengan sesi syarahan Ma’al Hijrah yang bertajuk ‘Kesatuan ATM Asas Kesejahteraan Negara’ yang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Hj Mohd Nor Mamat, Pensyarah di Akedemi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM.

 

43210559 2273770176027665 3012429390706376704 n

Panglima Angkatan Tentera, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin turut meluangkan masa menghadiri majlis sambutan tersebut. Beliau seterusnya telah menyampaikan Anugerah Ma’al Hijrah Peringkat ATM Tahun 2018M/1440H seperti berikut:
a. Anugerah Wira Ma’al Hijrah – Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli (N/401531)
b. Anugerah Bilal bin Robah – 820140 Pegawai Waren 1 KOM Mohd Safuan bin Ali Othman.
c. Anugerah Masjid/Surau Jumaat Contoh – Masjid Muhammad Al Fateh, Kem Wardieburn.
Pemenang menerima wang tunai sumbangan Tabung Zakat ATM, cenderahati dan sijil penghargaan.

 

43126117 2273770072694342 6803879820712214528 o

Turut hadir adalah Panglima Tentera Darat, Yang Berbahagia Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Udara, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan ATM.

 

43104975 2273769952694354 8564006467139534848 o

 

43207471 2273769966027686 6717018831614640128 o