logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA MENGHANTAR MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE SULAWESI, INDONESIA

43009943 2271161942955155 5418478977687748608 n

SUBANG, 3 Okt 18 - Gempa bumi disusuli tsunami yang melanda pulau Sulawesi, Indonesia beberapa hari yang lalu telah menyebabkan beberapa kerosakan, kemusnahan serta maut ke atas segelintir penduduk tempatan di sekitarnya yang telah menjadi mangsa korban bencana ini.

 

43012821 2271162046288478 2730914951836205056 n

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut prihatin dengan keadaan yang telah menimpa Negara jiran tersebut dan melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dengan menggunakan sebuah pesawat pengangkut TUDM jenis A400M bagi membawa keperluan peralatan seperti mesin atau jentera untuk kegunaan semasa di lokasi bencana tersebut.

 

43061490 2271161982955151 2928724180369145856 n

Menurut Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM, Komander Pangkalan Udara Subang, Kerajaan Indonesia sememangnya menantikan bantuan dari pihak TUDM yang memiliki pesawat pengangkut A400M yang berkeupayaan untuk membawa muatan bersaiz lebih besar serta lebih berat berbanding kemampuan pesawat C130H.

 

43049734 2271162112955138 8778969490110021632 n

TUDM sentiasa dan akan terus komited untuk menghulurkan bantuan serta memberi kerjasama yang padu terutama di kalangan Negara serantau yang mengalami keadaan darurat seumpama ini.