logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PERBARISAN HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-85

42835833 2266427620095254 8936019251370655744 o

1 Okt, Subang - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meraikan penubuhannya yang ke – 85 tahun pada 16 September 2018 di mana ia juga merupakan tarikh yang sama bagi meraikan Hari Malaysia. Perbarisan Hari ATM diadakan pada hari ini, 1 Oktober 2018 bagi memberi laluan kepada Sambutan Hari Malaysia. Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu Diraja pada 1 Mac 1933. Dari sebuah angkatan peperangan melawan insurgensi, ATM yang sentiasa mendukung Dasar Pertahanan Negara telah berkembang gagah melalui beberapa proses transformasi menjadi sebuah angkatan konvensional yang moden dan ampuh dalam mendominasi keseluruhan spektrum operasi ketenteraan.

 

42880983 2266427603428589 2397696073159147520 o

Perbarisan pada tahun ini membawa tema sambutan Hari ATM Ke-85 iaitu “ATM TERAS KEDAULATAN NEGARA” berkonsepkan Tempur Ketenteraan. Kekuatan perbarisan terdiri daripada 45 Pegawai dan 1163 anggota lain-lain pangkat yang terdiri daripada 10 kontinjen perbarisan terdiri dari elemen ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara termasuk kontinjen wanita. Perbarisan diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Norazan bin Othman TUDM.

 

42902801 2266427723428577 6408894119703216128 o

Perbarisan pada pagi ini turut diserikan dengan peragaan sebahagian aset ATM iaitu Pesawat Airbus A-400 M, Pesawat C-130 Hercules, Pesawat CN-235, Pesawat Beechcraft B200 T, Helikopter Black Hawk, Helikopter AS-61 N1, Kereta Kebal Pendekar, Kereta Perisai Adnan, 8X8 Gempita, Meriam 155MM G5, Kenderaan Lipan Bara, Condor, Vamtac Igla dan Vamtac AGL. Perbarisan turut disertai dengan lintas hormat udara oleh 9 buah pesawat helikopter.

 

42972606 2266427610095255 189435347975798784 o

Pegawai Tabik Hormat pada pagi ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin. Dalam perbarisan tersebut, Panglima Angkatan Tentera telah menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara/Penganugerahan Sijil Kepujian Angkatan Tentera dan Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera Tahun 2017.(Senarai penerima adalah seperti di Lampiran). Beliau seterusnya menyampaikan perutusan khas sempena Perbarisan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-85.

42985420 2266427823428567 6170093512843853824 n

Di antara jemputan yang hadir pada pagi ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Yang Berbahagia Dato’ Halimi bin Abdul Manaf, Panglima Tentera Darat, Yang Berbahagia Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badarudin, Panglima Tentera Udara, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang, Mantan-Mantan Panglima Angkatan Tentera, Veteran ATM dan Penasihat Pertahanan Negara Asing.

 

42828752 2266427926761890 7405572500857290752 o

42898068 2266427943428555 4044291422394777600 o

 

42826092 2266428090095207 1659547836728999936 o