logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

ACARA PERBARISAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018


40424733 2213831702021513 4013102855949910016 o

31 Ogos, PUTRAJAYA -Sambutan Hari Kebangsaan 2018 dengan tema “SAYANGI MALAYSIAKU” menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan Negara bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama, bangsa dan fahaman. Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya telah dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan ini setelah dua kali diadakan di sini sebelum ini. Kali terakhir acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan ini diadakan di Putrajaya adalah pada tahun 2005.

 

40444559 2213832228688127 1900261795684155392 n

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah berkenan berangkat mencemar duli untuk bersama-sama rakyat meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2018 hari ini.

 

40409733 2213831688688181 4562574325823045632 o
Turut hadir ialah YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri dan YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, YAB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim.

 

40421296 2213832295354787 3531490632402993152 o
Dianggarkan seramai 300,000 orang rakyat berbilang kaum terutamanya di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang termasuk negeri-negeri lain serta pengunjung dari luar negara akan hadir bagi menunjukkan semangat kemerdekaan dengan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan acara bersejarah tersebut.
Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018 kali ini dipengerusikan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia. Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2018 diurus setiakan oleh Jabatan Perdana Menteri dan dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia manakala garapan dan penyelarasan persembahan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

40470628 2213831708688179 745705179847852032 o
Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2018 ini, memperlihatkan sebanyak empat (4) komponen utama perarakan yang terdiri daripada;
a. Kenegaraan;
b. Ketenteraman Awam;
c. Keselamatan Negara; dan
d. Komponen Rakyat Bersepadu

 

40486221 2213831925354824 8753786692399267840 n

Bilangan kontinjen yang terlibat dengan penyertaan keseluruhan peserta seramai 12,295 orang terdiri daripada pelbagai golongan melibatkan agensi kerajaan dan swasta, pelajar-pelajar sekolah yang menggambarkan penyertaan daripada pelbagai lapisan rakyat Malaysia.
Sambutan Hari Kebangsaan 2018 ini menjadi medan terbaik untuk rakyat Malaysia menzahirkan perasaan cinta kepada Negara serta mewujudkan suasana sambutan yang lebih inklusif kepada Malaysia. Sambutan ini adalah sebagai titik perpaduan dan kebersamaan seluruh rakyat Malaysia bagi bangkit mempertahankan Negara dengan semangat Sayangi Malaysiaku.

 

40562531 2213832108688139 5371193642616619008 o