logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

41556881 2234302006641149 1754534775101587456 o

12 Sep, Putrajaya – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XV, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Mengarak Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini, Rabu, 12 September 2018 bersamaan 2 Muharam 1440 Hijrah, jam 10.30 pagi di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.

 

41515134 2234302229974460 4719472268579700736 o

Istiadat sambutan dimulakan dengan Pengawal Medan dan Perbarisan masuk padang. Perbarisan turut disertai dengan 21 Das Tembakan Meriam Kehormatan yang disempurnakan oleh 41 Bateri lstiadat, Rejimen Artileri Diraja diketuai oleh Mejar Mohd Asri bin Che Wil dan Terbang Lintas oleh 5 buah helikopter ATM yang membawa bendera Jalur Gemilang, Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia diketuai oleh Mejar Narul Nizam bin Ismail TUDM. Lima Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan diarak iaitu Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia.

 

41682194 2234302123307804 6068594240114393088 o

Perbarisan ini diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Radzi bin Othman, Pegawai Memerintah, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, terdiri daripada 28 pegawai dan 550 anggota Lain-lain Pangkat (LLP). Turut dipersembahkan adalah pancaragam yang mengiringi istiadat perbarisan dari gabungan pancaragam Pusat ATM di bawah pimpinan Mejar Muhammad Nor Azizan bin Yahya, dibantu oleh Staf Sarjan Mohd Adib bin Hashim, Bintara Kanan PGM Iewan Iezani bin Johari dan Flait Sarjan Suhaimi bin Husin. Manakala Drum Major ialah Bintara Kanan PGM Azumie bin Zainal.

 

41675843 2234301989974484 267272670914019328 o

Istiadat ini dilaksanakan pada setiap tahun di peringkat Persekutuan. Sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah satu upacara istiadat gilang gemilang di mana Panji-Panji ini merupakan satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh ATM terhadap Raja dan Negara.

 

41533430 2234302343307782 403427334675234816 o

Turut hadir ke majlis istiadat adalah Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, mewakili Menteri Pertahanan; Panglima Tentera Darat, YBhg Jeneral Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, mewakili Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi bin Harun.

 

41741945 2234302216641128 1470359221739454464 o