logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE 18

SERAHTUGAS1

KUALA LUMPUR, 16 Dis -  Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hadir menyaksikan  Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera diantara  Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj Zulkifeli Mohd Zin dengan Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang merupakan sejarah baharu buat ATM disaksikan oleh  Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di Auditorium Kementerian Pertahanan pada 16 Dis 2016.

SERAHTUGAS2

Serah terima tugas ini juga bersempena dengan persaraan mantan PAT yang akan bersara setelah 44 tahun menabur bakti dan mengabdikan diri kepada ATM serta peralihan tampuk pemerintahan ATM yang baharu dan majlis diteruskan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas PAT.

SERAHTUGAS4

Majlis diakhiri dengan acara  simbolik iaitu street lining bagi memberi penghargaan dan penghormatan terakhir kepada mantan PAT yang ditarik oleh pegawai -pegawai ATM bermula dari  pintu hadapan Kementerian Pertahanan hingga ke Balai Pengawal Utama.

SERAHTUGAS3

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan,  Dato’ Sri Mohd Johari Baharum, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Tentera Darat,  Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim,  Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badarudin dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad TUDM.