logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

JASAMU SENTIASA DIKENANG

KAWAT4

SUNGAI BESI, 15 Dis 16 - Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera ke -18, merupakan satu perbarisan yang diadakan sempena persaraan Ybhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-18. Perbarisan Penghargaan kepada beliau adalah merupakan tanda penghormatan serta ketulusan hati warga ATM menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ybhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin selaku Panglima Angkatan Tentera.  Dengan keizinan Allah S.W.T dan sifat kepimpinan jitu beliau, ATM telah melakar banyak kemajuan dalam pelbagai lapangan sepanjang tempoh pemerintahan beliau dan kini telah menempatkan ATM sebagai sebuah angkatan yang kini semakin disegani sebagai sebuah perisai negara yang kredibel, relevan dan dinamik.

KAWAT1

ATM mempersembahkan Perbarisan Penghargaan ini bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.  Perbarisan Penghargaan PAT ke-18 bermula pada jam 7.45 pagi.  Ketibaan Dif-Dif kenamaan serta Pegawai-Pegawai Tertinggi ATM bermula jam 8.00 pagi.  Panglima Angkatan Tentera tiba mengambil tabik hormat pada jam 8.30 pagi diiringi dengan terbang lintas hormat 4 buah helikopter yang membawa bendera ATM, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.  YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin telah memeriksa perbarisan diikuti dengan perbarisan berjalan lalu dan mara mengadap.  Beliau kemudian menyampaikan ucapan dan diikuti dengan laungan Gempur Wira.  Perbarisan mempersembahkan Hormat Panglima diiringi dengan lintas hormat 4 pesawat helikopter ATM sebelum tamatnya Perbarisan Penghargaan PAT ke-18.

KAWAT3

Perbarisan pada hari ini diketuai oleh Komander Rosli bin Mukri TLDM melibatkan seramai 33 pegawai dan 538 anggota Lain-Lain Pangkat serta 15 panji-panji Rejimen.  Panji-panji dari Kontinjen Darat ialah panji-panji Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja, Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja, Rejimen Ketiga Kor Armor Diraja, &1 Rejimen Semboyan Diraja, Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen, Rejimen Pertama Artileri Diraja Para, dan 72 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja.  Bagi Tentera Laut Diraja Malaysia, panji-panji adalah dari KD Malaya, KD Rajawali, KD Panglima Hitam dan KD Duyung manakala bagi Tentera Udara Diraja Malaysia, panji-panji dari No 2 Skuadron, No 10 Skuadron, No 16 Skuadron dan No 18 Skuadron.

KAWAT2

Bagi mengabdikan kenangan bersejarah ini, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin telah bergambar dengan anggota perbarisan.  Selain itu, warga ATM mempersembahkan ‘street lining’ bermula dari Komplek Dewan Desatera 1 RAMD sehingga ke Wisma Pegawai Tentera Darat sebagai penghormatan kepada PAT ke-18 sebelum beliau menaikki pesawat helikopte meninggalkan Kem Perdana Sungai Besi.