logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAKAN MALAM BERADAT SEMPENA PERSARAAN PAT KE - 18

mkn3

KUALA LUMPUR, 13 Dis 16 – Majlis Makan Malam Beradat  sempena Persaraan YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Hj Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera telah berlangsung di Wisma Pewira ATM hari ini. Majlis yang penuh istiadat ini bertujuan untuk menghargai jasa Panglima Angkatan Tentera sepanjang sumbangan beliau dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia selama 44 tahun.  Disamping itu majlis ini juga merupakan salah satu aktiviti rejimental bagi pegawai kanan yang akan bersara.

mkn2

Dengan keizinan yang Maha Esa dan berkat Pemerintahan Panglima Angkatan Tentera, ATM telah melakar banyak kemajuan dan pembangunan dalam pelbagai lapangan sepanjang tempoh pemerintahan sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke- 18.  Hasilnya, ATM kini semakin disegani sebagai sebuah perisai negara yang kredibel, relevan dan dinamik. Majlis Makan Malam Beradat pada kali ini dimulakan dengan acara bergambar seterusnya tetamu-tetamu  memasuki Dewan untuk memulakan Majlis Makan Malam Beradat.  Panji-Panji dari ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Panji-Panji Rejimen Pertama  Askar Melayu Diraja daripada Tentera Darat, Panji-Panji KD Rajawali daripada Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji-Panji No 18 Skuadron TUDM daripada Tentera Udara Diraja Malaysia turut berarak memasuki dewan makan. 

mkn3

Diakhir Majlis Makan Malam Beradat pada kali ini, Ketua Staf Markas ATM telah menyerahkan Memoir Buku Kecintaan dan Kehormatan kepada Panglima Angkatan Tentera tanda penghargaan  kepada beliau yang telah mencurahkan sumbangan dan bakti di dalam ATM sepanjang perkhidmatan beliau.  Memoir ini juga mencatatkan perjalanan hidup Panglima Angkatan Tentera sebelum dan semasa beliau didalam perkhidmatan ATM.  Disamping itu, memoir ini juga banyak memberi fokus kepada kehidupannya dalam ketenteraan serta mencorakkan kecemerlangan sepanjang kerjaya beliau sehinggalah kehari ini.  Turut hadir bagi meraikan Panglima Angkatan Tentera adalah YMulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Nor, Panglima Tentera Darat, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badarudin, Panglima Tentera Laut, YBhg Jeneral Tan Sri Dato Sri Roslan bin Saad TUDM, Panglima Tentera Udara, dif-dif jemputan, Pegawai-Pegawai Kanan ATM serta Pegawai-Pegawai ATM dari ketiga-tiga perkhidmatan.