logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS PENYAMPAIAN DIPLOMA KURSUS PEMERINTAHAN DAN STAF MALAYSIA (KPSM) SIRI 45/2016

MTAT4

Kuala Lumpur, 7 Dis - Majllis Pemyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) siri 45/2016 telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Sri Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan bertempat di Wisma Pewira ATM. Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 45/2016 adalah kursus anjuran Maktab Turus Angkatan Tentera iaitu sebuah institusi latihan tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia yang bertaraf ISO 9001:2008.  Kursus ini disertai pegawai tentera yang terpilih dari ketiga-tiga perkhidmatan (TD, TLDM dan TUDM) serta pegawai PDRM dan pegawai-pegawai tentera dari negara sahabat yang ada perhubungan diplomatik dengan Malaysia.  Para graduan yang berjaya akan menerima Sijil 'psc’ (Passed Staff College) dan Diploma Ekesekutif Pengajian Strategi dan Pertahanan. Program diploma telah dibangunkan dengan kerjasama MTAT-UPNM. Sejumlah 165 peserta kursus telah berjaya menamatkan kursus ini termasuklah pegawai tentera dari luar negara.  Tempoh KPSM pada siri ini mulai 4 Jan 16 hingga 9 Dis 16.

MTAT1

Objektif Kursus adalah untuk melatih peserta kursus terpilih untuk menjawat jawatan Pemerintah dan Staf  di dalam perkhidmatan bersama.  Peserta kursus hendaklah berupaya untuk:

  1. Menganalisa isu-isu penting berkaitan strategi dan pertahanan di peringkat nasional, serantau dan global2.
  2. Mentaksir faktor-faktor dan konsep dalam struktur pembangunan ketenteraan dan pengurusan organisasi pertahanan
  3. Melaksanakan tugas sebagai Pegawai Staf dan Pemerintah dalam suasana kebersamaan di peringkat operasi dan strategik pertahanan
  4. Menyelesaikan masalah dan bekerja secara efektif dalam persekitaran yang rumit dan tidak menentu.

MTAT3

Penerima Anugerah Kecemerlangan:

 

       1.  Anugerah Komandan (Kertas Akademik).                                   

(1)       Mej Ir Suthan a/l Venkatachalam - Peserta Kursus Tempatan Terbaik  Kertas Akademik.

(2)       Maj Justus Rwabyarire Rukundo (Uganda) - Peserta Kursus Luar Negara Terbaik  Kertas Akademik.

 

       2.  Anugerah UPNM (Modul Kajian Polisi dan Strategi.

(1)       Mej Ir Suthan a/l Venkatachalam - Peserta Kursus Tempatan Terbaik  Modul Kajian Polisi dan Strategi.

(2)       Maj Shaun Chai En Yi (Singapore) - Peserta Kursus Luar Negara Terbaik Modul Kajian Polisi dan Strategi.

 

       3.  Anugerah Haigate (Modul Ketenteraan).

(1)       Mej Ir Suthan a/l Venkatachalam - Peserta Kursus Tempatan Terbaik  Modul Ketenteraan.

(2)       Maj Shaun Chai En Yi (Singapore) - Peserta Kursus Luar Negara Terbaik Luar Modul Ketenteraan.

 

       4.  Anugerah Lembaga MTAT (Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan KPSM Siri 45/2016).

(1)       Mej Ir Suthan a/l Venkatachalam - Peserta Kursus Tempatan Terbaik Keseluruhan.

(2)       Maj Shaun Chai En Yi (Singapore) - Peserta Kursus Luar Negara Terbaik Keseluruhan.