logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

BUKTI KESUNGGUHAN MALAYSIA DAN ATM MENCARI RESOLUSI TERBAIK MENANGANI ANCAMAN MILITAN DAN FAHAMAN EKSTREM

wasa3

Kuala Lumpur, 23 Nov – Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini merasmikan Persidangan Wasatiyyah ASEAN 2016 bertempat di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. Persidangan ini adalah anjuran bersama buat pertama kalinya di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) dengan tema Seminar “Wasatiyyah: Unity of Ummah - Countering The Threat Of Militancy Extremism/Terrorism”.

wasa2

Objektif persidangan ini adalah seperti berikut:

1.  Mengutarakan dan membahaskan isi-isu semasa berkaitan ancaman fahaman ekstremisme dan terorisme dari pelbagai dimensi.

2.  Mencari resolusi terbaik ke arah menangani ancaman militan/fahaman ekstremisme di rantau Asia demi kesejahteraan bersama.

3.  Menjernihkan tanggapan negatif terhadap isu-isu berkaitan keagamaan demi kepentingan dan keselamatan serantau.

4.  Mengeratkan ikatan persahabatan di kalangan peserta serta menyuburkan sifat kerjasama demi kepentingan dan kecemerlangan serantau.

wasa1

Penganjuran persidangan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan tahap profesionalisme pegawai ATM yang terlibat melalui aktiviti perkongsian pengetahuan dan pengalaman dengan peserta luar negara khususnya dalam membahaskan isi-isu semasa berkaitan gelombang ekstremisme dari pelbagai dimensi.  Selain dari itu juga, ia mampu menjernihkan tanggapan negatif terhadap isu-isu berkaitan keagamaan ke arah memurnikan imej Islam demi kepentingan dan keselamatan serantau, memberi kefahaman kepada dunia umumnya dan umat Islam khususnya bahawa Islam sebenarnya merupakan agama adil dan moderate (wasatiyyah) yang membawa maksud seimbang dan bersifat sederhana serta menolak elemen-elemen ekstremisme yang melampau dan bukan daripada ajaran Islam di samping dapat mengeratkan ikatan persahabatan di kalangan peserta serta menyuburkan sifat kerjasama demi kepentingan dan kecemerlangan negara dan serantau.

wasa5

Persidangan ini bermula pada 22 hingga 24 Nov 2016 bertempat di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. Peserta terlibat seramai 278 orang terdiri dari pegawai-pegawai tentera negara-negara ASEAN, pegawai-pegawai ATM serta pegawai-pegawai dari agensi awam dan agensi beruniform. Seramai lima (5) orang pensyarah dan tiga (3) orang moderator termasuk dua (2) orang penceramah jemputan daripada luar negara telah dijemput untuk menambah kualiti dan menjayakan persidangan kali ini iaitu Imam Asim Al Hafiz iaitu penasihat Agama Islam kepada  Panglima Angkatan Tentera UK dan HE Abdulrahman Abdullah M Al- Zaid dari Arab Saudi.

wasa4

Turut hadir ke majlis perasmian persidangan pada hari ini ialah YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin; Panglima Tentera Darat, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Timbalan Panglima Tentera Laut (Wakil PTL), Laksamana Madya Dato’ Anuwi bin Hassan; Timbalan Panglima Tentera Udara (Wakil PTU), Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Ketua Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia IWM, YBhg Dato’ Hj Mohd Yusof bin Din;para Pegawai Kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan serta Pegawai Kanan agensi penguatkuasaan tempatan. Program ini juga adalah antara inisiatif Teras Kebajikan Kementerian Pertahanan di bawah Pengerusi Bersama iaitu Panglima Tentera Darat, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) YBhg Dato’ Mohammad Foad bin Hj Abdullah.