logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

TAHNIAH PESERTA KURSUS MPAT SIRI 35/2015

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Majlis Penutup dan Penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 35/2015 telah disempurnakan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera (PAT).  Turut hadir Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat, YBhg Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut, YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Affandi bin Buang TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara serta Pegawai-Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

MPAT 2

 MPAT adalah institusi latihan dan pendidikan ATM yang menyediakan pendidikan professional di peringkat Sarjana.  Kursus ini dihadiri oleh pegawai-pegawai ATM yang berpangkat Leftenan Kolonel dan Kolonel atau setaraf daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM (TDM, TLDM dan TUDM) bagi melengkapkan dan menyediakan mereka menjawat jawatan yang lebih tinggi.  Maktab ini turut menawarkan pengajian kepada pegawai-pegawai Tentera dari Luar Negara, pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Negara untuk mengikuti kursus ini.

 Modul Pengajian mengambil masa 1 tahun untuk dihabiskan bagi melayakkan peserta kursus bergraduasi.  Penyertaan Kursus bagi Kursus MPAT Siri 35/2015 pada kali ini adalah seramai 40 orang yang terdiri daripada 19 orang daripada TDM, 7 orang daripada TLDM, 7 orang daripada TUDM serta 7 orang daripada Luar negara ( Amerika Syarikat, Brunei, Filipina, Indonesia, Jordan, Singapura dan Thailand).

 Anugerah Kecemerlangan yang diadakan oleh pihak Maktab di dalam Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Diploma MPAT pada kali ini adalah seperti berikut:

 

  a.  Kertas Kajian Terbaik Peserta Kursus MPAT Siri 35/2015.

 

      (1)  Lt Kol Abd Hafiz bin Ahmad.

 

      (2)  Perkhdimatan : TDM (Kor Perkhidmatan Diraja)

 

  b.  Peserta Kursus Terbaik (Bukan ATM) MPAT Siri 35/2015.

 

      (1)  Lt Col Pang Chee Kong.

 

      (2)  Perkhidmatan : Singapore Army, Commando

 

  c.  Peserta Kursus Terbaik (ATM) MPAT Siri 35/2015.

 

      (1)  Lt Kol Isa bin Daud.

 

      (2)  Perkhidmatan : TDM (Rejimen Askar Melayu Diraja)