logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

TAHNIAH KEPADA PELAJAR PT3 DAN SPM

PENDIDIKAN 1

KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi tahun 2015 telah berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan.  Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia. Turut hadir YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera, Senator Laksamana Tan Sri Dato Setia Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (Bersara), Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Dif-dif jemputan dari Kementerian Pertahanan, Wakil-wakil Panglima Perkhidmatan, Pegawai-Pegawai Kanan ATM, ibu bapa serta pelajar-pelajar cemerlang yang menerima anugerah.

 

Program ini telah dilaksanakan 25 tahun lalu (bermula pada tahun 1991).  Sejak itu, seranai 9971 orang penerima telah menikmati insentif yang disediakan oleh LTAT.  Ia melibatkan 7026 orang penerima yang cemerlang dalam PMR/PT3 dan 2945 orang penerima yang cemerlang SPM.  Pihak ATM dan Kementerian Pertahanan juga telah melaksanakan 3 inisiatif lanjutan untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak warga ATM iaitu skim biasiswa Yayasan Warisan Parajurit, bantuan pengajian sebanyak RM1000 dan skim 'role model' dan program pembelajaran tutor online.

Tujuan mewujudkan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM adalah untuk memberi pengiktirafan kepada anak-anak anggota ATM yang mencapai tahap kecemerlangan dalam bidang akademik di peringkat PT3 dan SPM supaya ianya menjadi satu galakan atau insentif kepada semua anak anggota ATM.

Diharapkan mereka akan lebih berazam dan berusaha untuk mencapai kejayaan cemerlang. Hasrat ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan the caring and closely-knit society.  Penyertaan terbuka kepada semua anak anggota ATM termasuk anggota kerahan sepenuh masa yang masih dalam perkhidmatan pada hari pertama anak mereka menduduki peperiksaan.

Anggota tentera yang sedang menjalani kursus peralihan dikira sebagai anggota dalam perkhidmatan dan anak-anak mestilah dari sekolah bantuan penuh kerajaan.  Sebanyak 155 pelajar daripada PT3 dan SPM pada tahun 2014 telah menerima anugerah daripada YB Menteri Pertahanan pada majlis tersebut.  Majlis turut dimeriahkan lagi dengan pelancaran Dokumentari Helicopter Heroes dan penyampaian jalur gemilang daripada YB Menteri Pertahanan kepada YBhg Panglima Angkatan Tentera serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan. Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang bagi menyemarakan Hari Kebangsaan ke 58 yang akan disambut pada 31 Ogos 2015.