logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

SELAMAT DATANG YANG BERHORMAT TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN

TIM MENHAN 1

KUALA LUMPUR - 3 Ogos 2015. Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Wira Mohd Johari bin  Baharum telah mengambil tabik hormat dan menerima Kawalan Kehormatan Utama (KKU) pada 3 Ogos 2015 bertempat di Dataran Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

KKU yang terdiri daripada 3 Pegawai dab 103 anggota Lain-Lain Pangkat daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja diberikan kepada Yang Berhormat Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum bersempena hari pertama beliau berkhidmat di Kementerian Pertahanan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

Turut hadir bagi menyambut kedatangan Timbalan Menteri Pertahanan adalah YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta Pegawai-Pegawai Kanan ATM dan Kementerian Pertahanan.