logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PEMAKAIAN PANGKAT PENAUNG JAKPAW NEGERI JOHOR DAN NEGERI PERLIS

BANNER PEMAKAIAN PANGKAT AHLI JAKPAU.5

KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin bersama Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Brigediar Jeneral (Kehormat) Askar Wataniah kepada YAB Brigediar Jeneral (Kehormat) Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor serta YAB Brigediar Jeneral (Kehormat) Dato' Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis bertempat di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Mendahului senarai, YAB Brigediar Jeneral (Kehormat) Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor dianugerahkan pangkat Brigediar Jeneral (Kehormat) dan dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Johor.

YAB Brigediar Jeneral (Kehormat) Dato' Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis dianugerahkan pangkat Brigediar Jeneral (Kehormat) dan dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Perlis. Turut meraikan majlis ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Panglima-Panglima Perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.