logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PELANCARAN KEMPEN TABUNG PAHLAWAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2015

BANNER PELANCARAN TABUNG PAHLAWAN.3

SIBU, 9 Ogos - Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) dengan kerjasama Persatuan Bekas Tentera Laut Diraja Malaysia (PBTLDM) Cawangan Negeri Sarawak telah menganjurkan Majlis Makan Tengah Hari sempena sambutan Hari Pahlawan Ke-55 dan Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan (KTP) Peringkat Negeri Sarawak 2015 serta Majlis Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) di sebuah hotel di sini. Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Wira Mohd Johari Baharum; Timbalan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), YBhg Mejar Jeneral Dato' Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud; Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, YBhg Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar Yahya; Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Presiden PVTMS merangkap Yang Dipertua PBTLDM Thomas Ling.

Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata kerajaan mengiktiraf serta melancar Hari Pahlawan sebagai memperingati jasa mereka. Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibaca Menteri Kewangan Kedua YB Dato' Sri Wong Soon Koh yang mewakilinya bagi menyempurnakan majlis tersebut. Usaha kerajaan bagi mengenang jasa pahlawan dengan menganjurkan KTP sebagai satu cara mengumpul sumbangan untuk mengisi tabung kebajikan bekas tentera. Hasil daripada kutipan tersebut akan digunakan untuk membantu bekas tentera khususnya bagi mereka yang hilang upaya, balu dan anak-anak bekas tentera yang melanjutkan pelajaran.

 

Selain itu, tujuan utama Hari Pahlawan diadakan adalah untuk mengajak rakyat mengenang dan menghargai perjuangan serta pengorbanan veteran ATM dalam menjaga kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara. Majlis Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) turut diadakan kepada veteran tentera yang banyak menabur jasa mempertahankan kedaulatan negara.