logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MONUMEN CONDOR DIABADIKAN PENGGUNAANNYA DI LUBNAN

BANNER MEDAN CONDOR.4

LUBNAN - 16 Julai 2015. YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera (ATM) telah merasmikan monumen APC Condor di Penempatan Batalion Malaysia 850-2 (MALBATT) Kem Ma’arakah, Selatan Lubnan semasa lawatan YBhg Tan Sri PAT ke Lubnan pada 16 Julai 2015. Monumen yang dikenali sebagai ‘The Condor’ merupakan tanda pengiktirafan ke atas kenderaan tersebut yang telah berbakti sejak sekian lama bersama MALBATT dalam menyertai misi di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sejumlah 48 belon berwarna putih dan biru dilepaskan menandakan 48 buah kenderaan APC Condor yang berkhidmat di misi UNIFIL ini. Sementara 34 ekor burung merpati dibebaskan sebagai menandakan tahun ke 34 penglibatan kenderaan tersebut di bawah misi PBB bermula sejak tahun 1981.