logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS AIDILFITRI ATM 1436H/2015M

raya 1

KUALA LUMPUR - 29 Julai 2015. Majlis Sambutan Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1436H/2015M telah berlangsung bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Pewira ATM, Kuala Lumpur pada 29 Julai 2015 bermula jam 11.00 Pagi sehingga 3.00 Petang. Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar Panglima Tentera Laut, Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat serta YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Roslan bin Saad TUDM, Panglima Tentera Udara selaku tuan rumah turut hadir bagi menyambut tetamu-tetamu ke majlis tersebut.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD) serta kumpulan Kombo Seni Udara daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Majlis Sambutan Aidilfitri ATM pada tahun ini turut dihadiri lebih kurang 5000 jemputan yang terdiri daripada dif-dif kenamaan daripada Kementerian Pertahanan, Mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera, Mantan-Mantan Panglima Perkhidmatan, Pegawai-Pegawai Kanan ATM, Pegawai serta anggota daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM yang bertugas disekitar Lembah Kelang.

 

Majlis dihadiri oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato, Dr Rothiah binti Haji Omar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) serta YBhg Dato’ Mohammad Foad bin Hj Abdullah.

 

Penyampaian sumbangan duit raya kepada tetamu anggota yang cedera telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri PAT semasa Majlis Sambutan Aidilfitri ATM berlangsung.