logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

ATM TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI

BANNER SUMBANGAN RAYA 1436H.4

YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Hj Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera (PAT) menerima bungkusan hari raya aidilfitri dari Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015 Kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempat di Auditorium KEMENTAH, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. 

Majlis yang bertujuan merakamkan ucapan penghargaan serta terima kasih Kementerian Pertahanan dan ATM di atas sumbangan ikhlas para penyumbang kepada warga ATM terutamanya Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) serta Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) yang turut menyumbang kepada bakti warga ATM berhari raya. Sumbangan ini akan memberikan kekuatan mental dan fizikal kepada pegawai dan anggota ATM dalam melaksanakan tugas operasi di dalam dan luar negara pada musim Hari Raya Aidilfitri nanti. Sebanyak 72 buah agensi telah bermurah hati memberikan sumbangan berbentuk kewangan, barangan dan makanan. Jumlah sumbangan keseluruhannya sama ada dari bentuk wang ringgit dan barangan adalah berjumlah RM 1.82 juta.

Turut diadakan penyerahan sumbangan wang zakat kepada Tabung Zakat ATM daripada Affin Islamic Bank Bhd (RM700,000.00), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (RM353,000.00) dan Koperasi Tentera (RM350,000.00).

Hadir memeriahkan majlis adalah YABhg YDP BAKTI, Datin Paduka Sri Rosmah Mansor; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Abdul Rahim Bakri; YBhg NYDP BAKTI, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Isteri Menteri Pertahanan, YBhg Datin Seri Tengku Marlisa Tengku Abdullah; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) pemangku KSU, YBhg Dato' Dr. Rothiah binti Hj Omar dan panglima-panglima perkhidmatan ATM.