logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

ATM DAN RAKYAT, BERPISAH TIADA

BANNER PJM MCTP DI SARAWAK 13RAMD.2

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Mobile Community Transformation Programme (MCTP) sempena Program Transformasi Pertanian Moden dan Majlis Ngiling Bidai dianjurankan oleh Batalion Ke Tiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD) telah mengadakan aktiviti perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan, Rawatan Pergigian, Ceramah dari Jabatan Kerjaaan dan Demontrasi Memadam Kebakaran bertempat di RH Robert Lingga Menggi, Bulo, Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak.

Program tersebut telah mendapat sambutan daripada penduduk setempat. Kira-kira seramai 76 orang penduduk mendapatkan rawatan perubatan manakala seramai 28 orang pelanggan telah mendapat rawatan pergigian.

Program tersebut juga melibatkan Kementerian Pertanian Moden Sarawak, Jabatan Bomba & Penyelamat Sri Aman, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sri Aman, Jabatan Ukur Sri Aman, Lembaga Perindustrian Nenas, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Lada Malaysia, FAMA, RISDA dan Lembaga Sawit Malaysia.

Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, YBhg Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw bersama-sama pemimpin tempatan termasuk Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu ak Blaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam upacara "Ngiling Bidai" bagi majlis penutup perayaan gawai.