logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

ATM TERBANGKAN BANTUAN KE NEPAL

NEPAL2
       Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerbangkan barang-barang Bantuan Bencana Alam ke Nepal pada 6 Jun 2015 (Jumaat) jam 2230 malam menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Herculese C130. Barangan yang diterbangkan ke Nepal adalah seperti ubat-ubatan, kerusi roda, blanket dan makanan serta pakaian sejuk untuk diberikan kepada mangsa-mangsa gempa bumi Nepal.  
 
   
Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Sabree bin Haji Hussin TUDM, Ketua Pengarah Bantuan dan Kesiagaan, Pusat Operasi Udara ATM mewakili pihak ATM menyempurnakan majlis penghantaran  di Pangkalan Udara Subang, Subang, Selangor. Barangan ini dibawa ke Nepal untuk di sampaikan kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Nepal iaitu Yang Berbahagia Encik Fadli Adilah sebelum diserahkan kepada Kerajaan Nepal. Turut hadir menyaksikan Majlis penghantaran ini adalah wakil daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pegawai-pegawai ATM serta awam Kementerian Pertahanan Malaysia.