logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MERIAHNYA RAYA AIDILFITRI MALBATT 850-2 LUBNAN BERSAMA TAN SRI PAT

BANNER PAT BERAYA DI LUBNAN.1

LUBNAN - 16 Julai 2015. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta pasti merupakan saat yang menggembirakan bagi semua, namun pucuk pimpinan ATM iaitu Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin telah mengambil inisiatif pada tahun ini untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama warga MALBATT 850-2 yang sedang menjalankan misi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan.

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin sanggup mengenepikan kepentingan peribadi beliau demi memberi sokongan moral khususnya kepada anggota MALBATT 850-2 yang berkekuatan lebih 850 anggota dan diketuai oleh Kolonel Khaswadi bin Lahuri selaku Komander.

YBhg Tan Sri PAT bersama Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM serta beberapa pegawai kanan ATM turut sama menyediakan juadah sambutan Aidilfitri 1436H di UNP 2-1 Kem Ma’rakah, Selatan Lubnan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Duta Besar Malaysia ke Lubnan, HE Mr Balachandran Tharman.

Solat Hari Raya Aidilfitri turut dilaksanakan oleh MALBATT 850-2 bersama YBhg Tan Sri PAT dan delegasi lawatan di lapangan helipad UNP 2-1 Kem Ma'arakah, Selatan Lubnan.

Pada malam Aidilfitri ini turut menjadi amat bermakna dimana satu sidang video bersama Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan YAB Datin Seri Rosmah binti Mansor serta Menteri-menteri di Seri Perdana Puterajaya.