logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

LAWATAN KETUA STAF MARKAS ATM KE BAHAGIAN PERKHIDMATAN ANGGOTA

Pada 6 Mac yang lalu, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera iaitu Laksamana Madya Dato’ Nasaruddin bin Othman telah membuat lawatan ulung ke Bahagian Perkhidmatan Anggota.  Ini merupakan kunjungan pertama beliau setelah menjawat jawatan selaku Ketua Staf Markas Angkatan Tentera pada 22 November 2013.

Salam

Tujuan lawatan ialah untuk mengetahui serba sedikit tentang sistem pentadbiran dan pengoperasian Bahagian Perkhidmatan Anggota yang berada di bawah naungan Markas Angkatan Tentera.

Di dalam sesi lawatan tersebut, beliau telah diberikan pendedahan secara lisan di Pejabat Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota dan seterusnya diberikan taklimat di Bilik Mesyuarat BPA, di samping melaksanakan lawatan ke Cawangan Provos Marsyal.

Di kesempatan itu, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mej Jen Datuk Azizan Md Delin telah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada beliau sebagai kenang-kenangan dan seterusnya YBhg Dato’ Nasaruddin turut menandatangani buku lawatan yang disediakan.