logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

KURSUS RELIABILITY, AVAILABILITY AND MAINTAINABILITY (RAM) 2014

BLP 1

Kursus Reliability, Availability and Maintainability (RAM) 2014 telah dianjurkan pada 21 hingga 25 April 2014 bertempat di Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE), Makmal Decision Support Centre (DSC Lab), Blok A, Kompleks Induk STRIDE, Taman Bukit Mewah Fasa 9, 43000 Kajang. Seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghadiri kursus ini.

Kursus RAM bertujuan memberi pengenalan mengenai proses terhadap kaedah Integrated Logistics Support (ILS) untuk program perolehan aset kapital ATM.  Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta terhadap kejuruteraan RAM melalui latihan teori dan amali.  Matlamat utama kejuruteraan RAM adalah seperti berikut:

  1. Merekabentuk, membangun, membina atau menghasilkan produk, sistem dan perkhidmatan yang boleh diharap (reliability).
  2. Mengurangkan beban kos dan aktiviti selenggaraan (maintainability).
  3. Memelihara/mendapatkan kesiapsiagaan (availability) mengikut kehendak pengguna dan keperluan operasi.