logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

KUNJUNGAN HORMAT OLEH PLA KE ATAS AKS LOGISTIK PERTAHANAN

PLA BLP 1

Kunjungan hormat oleh delegasi dari People Liberation Army (PLA) yang diketuai oleh Senior Captain LYU Chengzhong ke atas Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan, Mejar Jeneral Dato’ Hanafiah bin Jaafar telah diadakan pada 20 Okt 14 jam 0930 bertempat di Wisma Perwira ATM.  Senior Captain LYU Chengzhong kini menjawat jawatan sebagai Director of Editing And Research, Headquarters, General Logistics Department.  Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut adalah Laksamana Pertama Mohammed Ariff bin Mahru, Pengarah Kanan Materiel, Markas Tentera Laut dan Kolonel Toharuddin bin Ab Rasid TUDM, Pengarah Material, Markas Tentera Udara.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan bagi mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan China terutamanya di dalam bidang logistik pertahanan.  Ketua Pengarah Dasar Logistik, Brigedier Jeneral Mohd Badran bin Ismail telah menyampaikan taklimat bertajuk ‘MAF organization and Logistics System’ dan diikuti dengan taklimat oleh Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (KOMLEK).  Agenda lawatan oleh delegasi PLA diteruskan dengan lawatan ke Pusat Peperangan Bersama (PESAMA).