logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PERSATUAN IBUBAPA DAN ANAK-ANAK SAKIT KANSER MALAYSIA DAN SEKOLAH TAHFIZ DAN ASRAMA ANAK YATIM ATM

PIBAIK 3

Pada 2 Julai 2014 yang lalu, Majlis Penyampaian Cek Sumbangan kepada Persatuan Ibubapa dan Anak-anak Sakit Kanser Malaysia (PIBAIK) dan Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim (STAY) ATM telah diadakan di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

PIBAIK ialah pertubuhan yang membantu dan memberi sokongan kepada ibubapa dan anak-anak sakit kanser.  YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah menyampaikan cek sumbangan sebanyak RM30,000.00 kepada persatuan.

Turut hadir, YBhg Jen Tan Sri Dato' Seri Mohd Shahrom bin Dato' Haji Nordin (B) Pengerusi Yayasan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah untuk menyampaikan cek sumbangan sebanyak RM500,000.00 kepada YBhg Panglima Angkatan Tentera merangkap penaung STAY ATM.