logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

ATM TERUS CATAT SEJARAH

PING PONG JOHAN NEWS2

Pasukan Ping Pong Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berjaya mencatat rekod dan sejarah apabila mengekalkan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut dalam Kejohanan Kebangsaan Ping Pong Piala Malaysia pada kejohanan kali ke-51 bertempat di Dewan OCM Kuala Lumpur pada tengah hari 26 Okt 14.

ATM mengumpul mata tertinggi seterusnya menjadi juara Kejohanan Kebangsaan Ping Pong Piala Malaysia Ke-51 ini. Pasukan ATM turut menyapu bersih kategori perseorangan dan bergu lelaki dalam kejohanan ini manakala ATM lelaki berpasukan menjuarai acara dengan menewaskan Kuala Lumpur. Sementara itu pasukan bergu campuran turut menjadi juara setelah menewaskan Selangor di perlawanan akhir.