logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

ATM TERIMA SUMBANGAN

Penyampaian Raya 1

Pada 22 Jul 14, sebuah majlis tahunan iaitu Majlis Penyampaian Bungkusan Hari Raya oleh Penyumbang kepada ATM telah diadakan di Auditorium KEMENTAH.

Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansoor Yang DiPertua BAKTI, Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan dan YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera.

Aturcara utama yang telah dijalankan adalah penyerahan sumbangan kepada Menteri Pertahanan (mewakili ATM) oleh para penyumbang.  Sebanyak 46 penyumbang yang terdiri daripada persatuan-persatuan sukarela, badan berkanun, syarikat-syarikat swasta dan badan korporat terlibat dalam penyerahan sumbangan.

Antara aturcara lain adalah penyampaian cenderahati dan sijil bagi pihak angkatan tentera kepada para penyumbang.

Antara acara lain yang turut dijalankan juga adalah penyampaian Bungkusan Hari Raya kepada Panglima Angkatan Tentera dan juga Panglima-panglima Perkhidmatan ATM.

 Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang sama ada yang telah lama menyumbang kepada pihak ATM mahupun yang baru menyumbang.  Sumbangan ini sedikit sebanyak mampu menaikkan moral dan semangat kepada anggota ATM yang berjuang di perbatasan pada Hari Raya Aidil Fitri.