logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

DUBAI, 14 Nov 23 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohammad bin Ab Rahman telah hadir menyaksikan Dubai Airshow 2023 yang diadakan di Dubai World Central (DWC). Dubai Airshow 2023 yang diadakan bermula dari 13 hingga 17 November 2023 adalah merupakan acara pertunjukan aeroangkasa dan pameran pertahanan terbesar di Timur Tengah yang mempamerkan kepelbagaian produk, rangkaian teknologi dan perkhidmatan yang inovatif dari pemain industri pertahanan dari serata pelusuk dunia.
Panglima Angkatan Tentera dalam rangka lawatan kerja beliau di Dubai telah mengambil peluang untuk melihat beberapa booth di sekitar ruang pameran bagi melihat peralatan pertahanan dan keselamatan yang dipamerkan.

Dalam kesempatan yang sama, beliau turut membuat pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari United Arab Emirates Armed Forces (UAE AF), Lt Gen Issa Al Mazrouei bagi mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin di samping mengukuhkan diplomasi pertahanan serantau antara Malaysia dan UAE.

Turut mengiringi Panglima Angkatan Tentera dalam lawatan kerja tersebut adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan Asisten Ketua Staf Perancang Pertahanan, Mejar Jeneral Dato’ Zulkifli bin Hj Hamid TUDM.