logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

KUALA LUMPUR, 20 Nov 23 – Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi melalui organisasi BAKAT Markas ATM telah menganjurkan Majlis Sumbangan Untukmu Palestin, sebagai tanda sokongan dan bantuan kepada rakyat Palestin yang sedang berjuang mempertahankan tanah air, maruah dan kedaulatan Negara serta harta benda mereka yang terjejas ekoran krisis peperangan yang sedang melanda.

Objektif utama penganjuran majlis ini adalah untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan penderitaan penduduk di Palestin khasnya yang menjadi mangsa kekejaman zionis. Dalam memenuhi usaha murni tersebut, BAKAT Markas ATM telah berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak 1000 helai tuala dan 2322 helai selimut dan 360 unit sleeping bag dengan kerjasama beberapa syarikat yang tampil untuk membantu menjayakan kutipan ini. Antara pihak – pihak yang terlibat adalah dari Maxvec Sdn Bhd, Silver Sunrise Sdn Bhd, Ideas Hotel, Soora Beauty Ventures dan Diah Kasturi Enterprise serta hasil sumbangan daripada Markas ATM sendiri.

Sesungguhnya usahasama BAKAT ATM bersama rakan-rakan strategik yang tampil memberikan bantuan ini terhadap golongan yang memerlukan, menunjukkan bukti bahawa BAKAT ATM sentiasa mendukung usaha-usaha kebajikan yang digerakkan selaras dengan peranannya dalam memberi khidmat kebajikan tanpa mengira agama dan bangsa serta menyokong aktiviti-aktiviti amal samada yang digerakkan di dalam mahupun luar negara.

Sumbangan ini juga dilihat sebagai lambang solidariti BAKAT ATM dalam menyokong bantahan dunia terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. BAKAT Markas ATM akan bekerjasama dengan Hal Ehwal Dan Wanita Malaysia (HAWA Malaysia) dan MAPIM Malaysia untuk memastikan sumbangan yang disalurkan sampai ke Gaza.