logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

BANGKOK, 6 Nov 23 - Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohammad bin Ab Rahman telah melaksanakan lawatan kerja menghadiri Defense and Security Thailand 2023 yang berlangsung bermula pada 6 Nov 23 hingga 9 Nov 23 bertempat di Muang Thong Thani, Thailand. Kehadiran beliau ke sana adalah memenuhi jemputan Menteri Pertahanan Thailand, Sutin Klungsang dan telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh PAT dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama antara rakan strategik antarabangsa yang berterusan serta dipereratkan dari semasa ke semasa. Lawatan kerja ini juga menjadi medan pertemuan unik pemimpin tertinggi tentera secara tidak formal dalam membincangkan penglibatan dan kerjasama hubungan pertahanan pelbagai hala (multilateral) serta berkongsi pandangan masing-masing untuk kebaikan pertahanan bersama.

Lawatan kerja berkenaan dimulakan dengan penglibatan PAT bersama-sama pemimpin tertinggi tentera dari seluruh negara yang dijemput untuk bersama-sama Menteri Pertahanan Thailand melaksanakan Upacara Pembukaan Defence and Security Thailand 2023 di IMPACT Exhibition & Convention Center Hall 9-12. Kemudiannya, PAT dan delegasi Malaysia turut mengunjungi booth-booth pempamer serta mengadakan pertemuan dengan beberapa pemain utama industri pertahanan antarabangsa sebelum hadir ke Majlis Perasmian Pavilion Malaysia. Perasmian Pavilion Malaysia telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham bin Ishak.

Antara yang turut menyertai lawatan kerja berkenaan adalah Ketua Staf Markas Tentera Darat; Leftenan Jeneral Dato' Zaidan bin Atan, Panglima Armada Barat; Laksamana Madya Ts. Dato' Shamsuddin bin Hj Ludin, Panglima Operasi Udara; Leftenan Jeneral Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM, Setiausaha Bahagian Industri Pertahanan Kementerian Pertahanan; Eris Jemadi bin Tajudin dan Pengarah Eksekutif DSA; Dato' Nadzeem bin Abdul Rahman serta delegasi dari Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia.

Lawatan kerja berkenaan turut digunakan sebagai platform bagi memaklumkan berkenaan pelaksanaan program Defence Services Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) Malaysia 2024 yang akan berlangsung pada 6 hingga 9 Mei 2024 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Sesungguhnya, penglibatan PAT dalam lawatan kerja seumpama ini adalah bertepatan dan selaras dengan Perintah Ulungnya yang digariskan dalam Teras Keempat iaitu memperkasakan gagasan bersepadu tentera dan rakyat di mana hubungan dan kerjasama di peringkat antarabangsa diperkukuhkan.

Defense and Security Thailand 2023 adalah satu pameran dalaman/luaran tentera dan awam antarabangsa yang meliputi peralatan ketenteraan darat, laut dan udara serta teknologi pertahanan dan keselamatan dalam negeri. Antara negara yang terlibat dalam pameran ini antaranya adalah Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam, Brunei, India, Indonesia, Pakistan, Korea, China, Kanada, Republic Czech, Mesir, Perancis, Jerman, Japan, Poland, Sepanyol, Sri Lanka, Afrika Selatan, Turki, Emiriah Arab Bersatu dan Australia serta pemain industri pertahanan antarabangsa.