logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke 81 pada 17 Sep lepas telah menganugerahkan Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera (SIAGA PAT) Tahun 2014 kepada perkhidmatan darat, laut dan udara. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memberikan imej baru kepada anugerah SIAGA PAT yang mula diperkenalkan pada tahun 2011 dengan setiap pemenang ditentukan oleh perkhidmatan masing-masing.

YBhg Laksamana Madya Dato’ Nasaruddin bin Othman, Ketua Staf Markas ATM mewakili YBhg Tan Sri PAT telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah berupa wang tunai bagi anugerah SIAGA PAT 2014. Turut hadir menyerikan majlis ini ialah YBhg Mejar Jeneral Dato' Abdul Rahim bin Hj Mohd Hassan, Inspektor Jeneral, ATM.

  • Pemenang Tentera Darat yang disandang oleh 21 Gerup Gerak Khas kepada Kolonel Zolkopli bin Hashim, Timbalan Panglima 21 Gerup Gerak Khas.
  • Pemenang Tentera Laut DiRaja Malaysia yang disandang oleh KD Lekiu kepada Komander Jamsari bin Tahir TLDM, Pegawai Memerintah KD Lekiu.
  • Pemenang Tentera Udara DiRaja Malaysia yang disandang oleh Pangkalan Udara Kuantan kepada Brigedier Jeneral Hj Yazid bin Arshad TUDM.