logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2021 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menerima kunjungan hormat oleh Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mejar Jeneral Felix Gonsalvez a/l Alexander TUDM sempena persaraan beliau.

Beliau akan menamatkan perkhidmatan pada 30 Disember 2021. Sesi kunjungan hormat tersebut, diakhiri dengan acara pemberian plaka penghargaan kepada Ketua Staf Markas Operasi Udara di atas perkhidmatan beliau selama ini.

Seluruh Warga Angkatan Tentera Malaysia mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti yang telah dicurahkan selama ini. Turut membuat kunjungan hormat Yang Arif Tuan Shahrizat bin Ismail, Ketua Hakim Peguam sempena perpisahan beliau yang akan bertukar ke Sarawak.